Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman Antara MAIS dan MAIDAM

 

SHAH ALAM – Satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman Antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Haji Pateh Akhir, Tingkat 6 Menara Selatan Bangunan Sultan Idris Shah pada 9 Mei yang lalu.
 
Memorandum tersebut merupakan MOU bagi menyatakan persetujuan berkenaan penetapan kadar bayaran yang dikenakan ke atas pelatih-pelatih MAIS dan MAIDAM di samping majlis ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara MAIS dan MAIDAM.
 
 
Di dalam majlis ini MOU telah ditandatangani oleh Y.A.D Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS dan Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Rozali bin Saleh, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama/Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.
 
Last modified on Tuesday, 26 September 2017 23:35
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 78

Hari sebelum 874

Minggu ini 5217

Bulan ini 27347

Jumlah 1464922

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag