Print this page

Wakaf

 

PERKHIDMATAN WAKAF 

 

Perundangan

• Enakmen Bil 2 Tahun 2001 iaitu Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam ( Terengganu) 2001 pada Fasal 63 hingga Fasal 69.

 

Objektif

• Peningkatan tahap penyelenggaraan aset termasuk harta yang diamanahkan kepada MAIDAM (Objektif MAIDAM : bilangan 10)

 

WAKAF


Objektif:


• Mengurus dan mentadbir harta-harta wakaf serta memajukan


• Mengawal dan menjaga harta-harta wakaf agar terpelihara dengan sempurna


• Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep  dan amalan wakaf yang sebenar.


• Meningkatkan penghayatan amalan wakaf dikalangan masyarakat demi memastikan syariat Islam terus unggul.

 


Muqaddimah


• Wakaf adalah merupakan salah satu cara ibadat atau cara menghampiri diri kepada Allah (  تـقربًا الى الله  ) menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu dari ibadat yang awal dalam Islam yang diizinkan oleh syarak sesiapa dari umat Islam yang berharta serta mampu daningin melakukannya. Dengan itu amalan wakaf telah menjadi satu tradisi kepada para pemerintah dan hartawan-hartawan muslimin di abad-abad dan pertengahan Islam yang dilakukan secara meluas khususnya di negara-negara Arab dan Asia Tengah. Sehingga dikebanyakan negara Arab ditubuhkan satu kementerian khas, untuk mengendalikan urusan harta wakaf – disebabkan harta wakaf terlalu banyak dan tidak terurus tanpa ditubuhkan kementerian khusus.

Definisi

i.  Wakaf pada bahasa bererti menahan dari dijualbeli dan lain-lain (الحبس عن التصرف ) pekataan wakaf - تحبيس   -  تسبيل – adalah satu makna sahaja.  Dengan itu – di kebanyakan negara Arab kementerian Hal Ehwal Wakaf – disebut -   وزارة الاوقاف     hanya negara Maghribi sahaja di panggil   وزارة الاحباس

ii. Definasi wakaf Menurut Syarak:
  - Definasi wakaf di sisi Jumhur Ulama’ – iaitu pendapat dia rakan Abi Hanifah – serta difatwakan di dalam Mazhab Hanafi – Shafie dan Hanbali: “ iaitu menahan barangan harta yang boleh dimanfaatkan serta kekal asetnya – dengan memutuskan guna pakai ke atas asset itu dari pihak pewakaf atau lainya – ke arah kegunaan yang harus – atau diguna pakai penghasilannya ke arah kebaikan dan kebajikan – kerana mendamping diri kepada Allah.

 

Hukum Mewakafkan Harta-Harta Dan Hikmahnya:

i.  Wakaf di sisi Jumhur Ulama’ selain dari Mazhab Hanbali hukumnya sunat yang digalakkan. Ianya terjumlah dari amalan pemberian sedekah yang digalakkan – menurut firman Allah:


لَـنْ تَنَالُ الْـبِرَّ حَتَّـى تُنْفِقُوْا مِـمَّا تُـحِبُّوْنَ

Surah Al-Imran.

Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali dapat mencapai kebajikan dan kebaktian yang sempurna – sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.


ii.    Hadis Rasulallah mengenai Saidina Umar yang terdahulu menyatakan:  إِنْ شِئْتَ حَبَسْتَ أَصْلَهَا وَتَصَدَّقْتَ بِـهَا  yang bermaksud : “sekiranya engkau mahu maka engkau wakafkan asetnya dan bersedekah hasilnya. Juga hadis-hadis lain lagi”.

iii.    Hikmah mewakafkan harta ialah: membuat baik kepada orang-orang yang dikasihi di dunia – dan mencapai pahala di akhirat – dengan niat daripada ahlinya. ( اَهْلُ الثَّوَابِ )

 

Saranan Wakaf ( مَوْقُوْفٌ عَلَيْهِ )

i.    Saranan wakaf ( مَوْقُوْفٌ عَلَيْهِ  )  itu terbahagi kepada dua bahagian :-


•    Saranan wakaf lapisan pertama ( أَصْلٌ مَوْجُوْدٌ فِى الْحَال  ) iaitu orang atau tempat yang mula wakaf itu ditujukan kepadanya (sama ada wakaf khas iaitu وَقْفُ مُعَيَّنْ ) seperti masjid tertentu yang sudah ada masa itu ataupun wakaf am  ( iaitu  غَيْرُ مُعَيَّنْ ).

•    Saranan wakaf lapisan kedua (
عَلَى فَرْعِ لاَ يَنْقَطِعُ ) iaitu orang ataupun tempat yang ditujukan sama wakaf khas ( وَقْفُ مُعَيَّنْ ) atau wakaf am ( غَيْرُ مُعَيَّنْ ) selepas lapisan pertama – seperti fuqara’ – atau ulama’ – atau mujahidin – atau masjid-masjid – ataupun tempat-tempat beribadat ahli tasauf ( رُبُطْ ).

 

ii.    Rukun-rukun wakaf ada empat di sisi Jumhur Ulama’.   

Pertama: pewakaf iaitu ahli tabarru’ (orang yang layak membuat kebajikan)

Kedua: asset atau harta yang diwakafkan (mauquf) itu   kepunyaan pewakaf – dan boleh dimanfaatkan serta kekal asetnya.

Ketiga: orang  atau tempat yang ditujukan (mauquf alaih)  yang ada dimasa itu.

Keempat: lafaz wakaf (sighah al-waqaf)
 

iii.    Syarat-syarat sah wakaf.    
    
Pertama: Harta atau asset yang diwakafkan itu benda yang ditentuka (ta’yin) – dan boleh dimanfaatkan – serta kekal zatnya – juga harta atau aset itu hak milik pewakaf.

Kedua: Hendaklah diwakafkan untuk pihak-pihak yang boleh didapati selama-lamanya – seperti fuqara’ – masakin atau masjid-masjid.

Ketiga: Wakaf itu bukan untuk perkara larangan syarak.

Keempat: Hendaklah dijelaskan halatuju wakaf  (mauquf  alaih)

Kelima: Wakaf itu hendaklah terlaksana serta merta  (tanpa taklik atau gantungan)

Keenam: Beriltizam atau berkuatkuasa (tanpa berdolak dalik) ertinya  tidak ada rasa khiar bagi diri pewakaf     pada mengekalkan pewakafnya atau tidak ingin merujuk semula dari wakafnya itu.


Lafaz-Lafaz Wakaf ( صيغة الوقف )

• Lafaz wakaf terbahagi kepada lafaz yang terang dan lafaz sindiran.

i. Lafaz yang terang dan nyata (sarih) seperti saya wakafkan rumah saya atau tanah saya di tempat anu kepada   …… -     atau – saya serahkan rumah saya ini kepada  …… - atau – saya untukkan tanah saya ini kepada …… - atau  –  saya sedekahkan harta ini kepada si anu sebagai sedekah yang tidak dibenarkan kepada yang lain darinya – atau – saya sedekahkan rumah saya ini kepada si anu sebagai sedekah untuk selama-lamanya – atau – saya sedekahkan rumah saya ini kepada si anu sebagai sedekah wakaf – atau – sebagai sedekah yang tidak boleh dijual – atau – sebagai sedekah yang tidak boleh diberi kepada orang lain – atau – saya jadikan tempat ini – atau –tanah ini sebagai masjid.

ii. Lafaz wakaf sendirian (kinayah) ialah seperti : saya peruntukkan ini kepada golongan fakir – atau – saya haramkan ini kepada lain dari golongan fakir – atau – saya sedekahkan ini kepada golongan fakir.

 

Jenis Wakaf

i.    Wakaf Am : Tujuannya untuk kebajikan umum.
ii.    Wakaf Khas : Tujuan untuk kebajikan khusus seperti tapak surau, masjid dan lain-lain



Jenis Harta Wakaf

i.    Terdiri daripada harta alih dan harta tidak alih iaitu:

•    Tanah --► Aset Tak Alih
•    Binaan (bangunan kediaman, kedai, surau dan masjid)
  --► Aset Tak Alih
•    Wang Tunai (Wakaf Tunai)
  --► Aset Alih

 

Prosedur Pewakafan

i.   Mengisi borang permohonan wakaf
ii.  Menyertakan salinan kad pengenalan dan salinan dokumentasi berkaitan
iii. Penerimaan wakaf
iv. Maklumat direkod ke Sistem Maklumat Tanah Wakaf

 

 

Last modified on Thursday, 12 April 2018 15:53
Rate this item
(0 votes)