Madrasah Moden Latih Pelajar Jadi Imam

Madrasah Moden Kuala Nerus, Batu Rakit mempergiatkan aktiviti kerohanian bersama jemaah di beberapa masjid sepanjang Ramadan, termasuk melatih 115 pelajar menjadi imam dan bilal.


Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pendidikan), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jusoh Mat, berkata usaha itu mampu membiasakan diri setiap pelajar melakukan setiap tugasan tanpa rasa gementar.

“Semuanya dijalankan secara konsisten, apabila sudah biasa dan lancar, pelajar berpeluang menjadi imam, bilal di masjid, selain layak mengetuai majlis tahlil."

“Pihak madrasah hanya mendidik, tidak memaksa selagi pelajar itu belum bersedia menjadi imam atau bilal,” katanya.

Katanya, aktiviti lain seperti riadah dan berbuka puasa di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu turut diselitkan sepanjang bulan mulia ini, sebagai usaha mencari kelainan, di mana sebelum ini, hanya berbuka di asrama.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Khatam al-Quran di madrasah itu semalam.

Sebelum berbuka puasa, seramai 30 pelajar menyertai Program Khatam al-Quran beramai-ramai.

Hadir meraikan majlis itu,  Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Omar Musa.

Sumber : teganukita.my

Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 2566

Hari sebelum 1288

Minggu ini 3854

Bulan ini 5060

Jumlah 953181

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag