• baner
  • maulid 2019
  • 21
  • wakaf
  • sewa
  • 2
  • pay

NISAB SEMASA

RM 14,012.07

 

 

 

 

 

 

 

BERITA MAIDAM

11a3a2a1a

2a1a3agambar

6imageemail

Baginda dalam titahnya melahirkan rasa bimbang apabila berlakunya penyebaran viral berita-berita palsu dan fitnah yang berleluasa melalui jaringan komunikasi media baru seperti Facebook, WhatsApp, laman blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
 
Katanya, tindakan itu dibimbangi boleh menggugat kestabilan dan perpaduan umat Islam.
 
“Beta menyeru agar muslimin dan muslimat lebih berhati-hati dengan berita-berita yang disebarkan atau disiarkan dalam media sosial.
 
“Betapa banyak fitnah yang terjadi akibat berita bohong yang disebarkan melalui komunikasi media baru menyebabkan ada darah yang tertumpah, kehormatan tercalar dan juga hubungan persaudaraan terputus,” titah baginda.
 
Baginda bertitah, lebih menyedihkan ada di kalangan suami isteri berpisah dan bangsa serta negara saling bermusuhan kerana terperdaya dengan berita palsu dan tidak benar.
 
“Beta menyeru umat Islam supaya sentiasa bersangka-baik, bersatu-padu dan bekerjasama untuk memastikan negeri dan negara terus maju, aman dan harmoni,” katanya.
 
Sultan Terengganu bertitah dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1437 Hijrah di Wisma Darul Iman, Kuala Terenggannu. Turut berkenan berangkat, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
 
Pada majlis itu, Sepiah Mohamad, 65, yang juga Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 1998 dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1437 Hijrah.
 
Sepiah membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah dengan nilaian RM10,000, sepersalinan pakaian, piala iringan dan sijil penghargaan. Anugerah Keluarga Mithali pula dimenangi oleh Wan Yussof Wan Mohammad dari Kampung Maksom, Alor Lintah, Besut.
 
Manakala bagi anugerah Orang Kurang Upaya (OKU) digondol Mohd Razak Che Awang dari Permaisuri, Setiu. Tiga anugerah itu adalah sebahagian daripada 11 anugerah pelbagai kategori disampaikan Sultan Mizan.
 
Sumber : TeganuKita
 
 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 105

Hari sebelum 706

Minggu ini 2608

Bulan ini 14440

Jumlah 206658

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?