Istilah / Pengertian Zakat

• Zakat Berasal dari perkataan Arab "al-zakat" yang membawa maksud suci, rahmat, berkat, berkembang , subur, bertambah dan sedekah.

• Dari segi istilah, zakat bermaksud penyerahan yang wajib dilakukan ke atas sebahagian harta kekayaan dari sumber yang baik yang dimiliki seseorang Muslim kepada golongan yang berhak menerimanya.

Dalil

" Hai orang-orang beriman! Nafkahkan lah ( di jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

( Surah Al-Baqarah 2:267)

" Maka sesungguhnya Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual (urud al-tijarah)."

( Riwayat Abu Daud )

Syarat Wajib Zakat

• Islam

• Merdeka

• Cukup Nisab

• Cukup Haul

• Milik Sempurna

• Niat berniaga

 

Kadar Zakat

• 2.5 %

 

Syarat Sah Zakat

• Niat

 

Jenis-Jenis Zakat

Zakat Fitrah :

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

 

Zakat Harta :

Zakat harta ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

 

Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis :

• Zakat Wang Simpanan (termasuk KWSP)
• Zakat Perniagaan (termasuk saham)
• Zakat Pendapatan
• Zakat Binatang Ternakan
• Zakat Emas dan Perak
• Zakat Pertanian
• Zakat Galian (Emas dan Perak)

8 Asnaf yang Layak Menerima Zakat

Wang Zakat yang dibayar kepada MAIDAM diagihkan kepada lapan (8) Asnaf yang layak menerima zakat. Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat beserta skim bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIDAM :-

1. FAQIR

Bermaksud orang Islam yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau mempunyainya tetapi hanya mampu memenuhi sebahagian kecil sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

 Bantuan Kewangan / Saraan Bulanan

 Bantuan Sempena Ramadhan

 Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakat

• Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara

 Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara

 Bantuan Makanan / Keperluan Harian

 

 

2. MISKIN

Bermaksud orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan yang hanya memenuhi sebahagian sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

 Bantuan Kecemasan / Bencana

 Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah

 Bantuan Sempena Ramadhan

 Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat

 Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin

 Bantuan Perubatan

 Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan

 Bantuan Sara Hidup

 Bantuan Serta Merta

 Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara

 Bantuan Sewa Rumah

 Bantuan Makanan / Keperluan Harian

 

 

3. AMIL

Bermaksud Individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM, yang bertanggungjawab menjalankan urusan berkaitan zakat.

 Ambilan Terus oleh Amil

 Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus

 

 

4. AR-RIQAB

Bermaksud memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu atau sesuatu kemudaratan.

 Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIV

 Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis

 

 

5. AL-GHARIMIN

Bermaksud golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi maslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

 Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas

 Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris

 

 

6. Fisabilillah

Bermaksud mana-mana orang Islam atau pihak yang melibatkan diri atau mengadakan aktiviti dalam menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta meningkatkan penghayatan tentangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.

 Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara

 Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM

 Bantuan Pendidikan Dalam Negara

 Bantuan Pendidikan Luar Negara

 

 

7. Ibnu Sabil

Bermaksud mana-mana orang Islam yang berhasrat atau sedang bermusafir atau terkandas di dalam perjalanan yang memerlukan bantuan bagi maksud-maksud yang dibenarkan oleh hukum Syara' dari atau ke mana-mana jua negeri atau negara.

 Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara

 Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan

** Pengagihan zakat bagi sinf Muallaf diserahkan kepada Bahagian Saudara Kita, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.


Tabung Haji Menyerahkan Zakat Perniagaan.

KUALA TERENGGANU – Satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan telah diadakan di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. Majlis berkenaan melibatkan Lembaga Tabung Haji  yang mempersembahkan cek zakat perniagaan berjumlah RM 3,638,133.16 kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Sultan Mizan Rasmi Sambutan Tiga Abad Pentadbiran Islam

Kuala Terengganu - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Sambutan Tiga Abad Pentadbiran Islam di Terengganu pada 18-22 Mei 2014. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan berangkat merasmikan program tersebut pada 18 Mei yang lalu di perkarangan Pusat Pentadbiran Islam, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.

Program Pelupusan Abu Al-Quran Ke Laut

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 1,800 kilogram abu al-Quran lama dan rosak berjaya dilupuskan di Laut China Selatan, semalam sekali gus dianggap yang terbesar berbanding dua tahun sebelumnya, iaitu 800kg pada tahun lalu dan 200kg pada 2012.

Majlis Solat Hajat dan Moreh Bersama Perdana Menteri Malaysia


Kuala Terengganu - YAB. Perdana Menteri Malaysia sempat ke  Masjid Al Abrar Kg. Bukit Tok Beng, Seberang Takir menunaikan Solat Isyak, Terawih , solat hajat dan Moreh bersama penduduk sekitar ketika lawatan Sehari YAB. Perdana Menteri dan Isteri Ke Negeri Terengganu.

MAIDAM Agih Bantuan Zakat Fakir Miskin Sempena Ramadhan

Lebih RM 6 juta disediakan bagi tujuan agihan zakat fakir miskin sempena Ramadhan. Lebih 13000 orang terlibat dan setiap ketua isi rumah dibayar RM 300 dan tambahan RM 50 bagi setiap tanggungan. Jumlah tahun ini bertambah lebih 100 peratus berbanding tahun lepas begitu juga dengan bilangan penerima.

Johan Qari Jelajah Seluruh Terengganu

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil langkah proaktif bagi merangsang kejayaan anak Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali sebagai Johan Qari Antarabangsa apabila menganjurkan Program Jelajah Johan Qari Antarabangsa 2014, bermula semalam.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 927

Hari sebelum 1364

Minggu ini 4592

Bulan ini 30244

Jumlah 587787

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?