Hasil Dari Pertukaran Aset

1. sewaan sebulan semasa :

• Syarikat Desa Murni (RM10,600.00)

• Kedai 7 Eleven (RM3,074.00)

• Pencawang Webe Digital (RM1,690.00

Cara Berwakaf

* Pelepasan Cukai diambil kira iaitu dibawah "Akta Cukai Pendapatan 1976 sub seksyen 44(6)"

 

Segala pembayaran melalui cek/kiriman wang /wang pos / bank draft hendaklah ditulis atas nama Unit Wakaf Tunai MAIDAM dan di alamatkan kepada :


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM )
Unit Wakaf Tingkat 2 ,
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
20519 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Tel: 09-6303030 samb : 3108

Konsep Wakaf Tunai

• Mewakafkan harta adalah merupakan amalan jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam kerana amalan wakaf bukan hanya sebagai satu ibadat malahan ia merupakan satu sistem yang berpotensi untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Islam melalui pengumpulan harta secara bersama dan berkelompok.


• Skim Waqaf Tunai adalah satu skim bagi menggalakkan orang ramai (umat Islam) menyumbang dan membuat pelaburan sebagai sedekah jariah (wakaf) tanpa had minimum untuk tujuan demi kepentingan,kebajikan dan kemaslahatan umat Islam secara menyeluruh.


• Sesiapa sahaja yang beragama Islam boleh menyertai skim ini. Skim Waqaf Tunai ini memudahkan umat Islam untuk mewakafkan harta mereka dalam bentuk wang tunai kerana tidak semua umat Islam di negeri ini khasnya dan di Malaysia amnya mempunyai aset atau harta kekal seperti tanah, bangunan dan sebagainya.


• Dengan memperkenalkan Skim Waqaf Tunai yang mudah ini maka diharap semua umat Islam di negeri ini dapat menyumbang dan membuat pelaburan untuk akhirat mereka.

Objektif Wakaf Tunai

• Menyuburkan dan membudayakan semula amalan berwakaf yang merupakan sedekah jariah yang sangat dituntut dalam Islam.


• Menyediakan kemudahan alternatif kepada umat Islam untuk menyertai ibadat maliah seperti wakaf mengikut kemampuan masing-masing tanpa melibatkan harta/aset kekal.


• Menggalakkan umat Islam mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini berpotesi untuk menggerakkan pembangunan sosio-ekonomi ummah.


• Menanam dan mendidik sikap,semangat dan kerjasama yang erat sesama umat Islam berkonsepkan ukhuwah Islamiah dan semangat taawun dalam Islam.


• Memperbanyakkan lagi pegangan aset umat Islam hasil daripada pengumpulan wang tunai dan disalurkan untuk kepentingan agama dan pembangunan sosio-ekonomi ummah.


• Dapat melaksanakan pembangunan harta-harta wakaf dan sosio-ekonomi ummah dengan skop yang lebih luas, dinamik dan bersepadu.


• Meluaskan saluran kebajikan dengan lebih holistic,sistematik dan berkesan.


• Melahir dan menzahirkan pembangunan isititusi wakaf yang lebih produktif dan berwibawa.

Sejarah

Pada 27 Disember 2007 majlis pelancaran Skim Wakaf Tunai telah dilaksanakan bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman,Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu.

Hukum Syarak

1. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 memutuskan berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-7 yang bersidang pada 31 Januari 2007 telah memutuskan Skim Waqaf Tunai dibenarkan untuk dilaksanaan.

Perundangan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) adalah badan authority yang mengendalikan apa-apa yang berkaitan entiti Wakaf termasuk Waqaf Tunai sebagaimana termaktub di dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Tahun 2001 Seksyen 63 “Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf”.

Takrif Wakaf Tunai

Wakaf Tunai bermaksud mewakafkan wang tunai kepada mana-mana pemegang amanah wakaf , di mana wang modalnya dikekalkan dalam bentuk asset yang kekal kemudian manfaatnya disalurkan kepada penerima wakaf (mawquf alaih) .


Para fuqaha salaf menggunakan istilah wakaf wang dirham dan wang dinar (waqf al-darahim waqf al-dananir). Wang-wang tersebut akan dikumpulkan dan kemudiannya ditukarkan kepada harta kekal yang dinamakan badal .Manfaat hasil wakaf tunai tersebut akan digunakan untuk kebajikan dan pembangunan ummah.


Secara ringkasnya Wang Tunai adalah instrumen dalam sistem wakaf di mana tunai dijadikan sandaran untuk berwakaf dan wang yang dikutip akan ditukarkan kepada bentuk aset kekal.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 903

Hari sebelum 1364

Minggu ini 4568

Bulan ini 30220

Jumlah 587763

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?