RM858,500 Untuk Masjid Dan Surau Sempena Ihya’ Ramadan

Bersempena kedatangan Ramadan esok, sebanyak RM858,500 diagihkan kepada masjid dan surau di semua daerah di negeri ini sebagai galakan untuk ahli jawatankuasanya menjalankan aktiviti mengimarahkan masjid.


Daripada jumlah itu, sebanyak RM238,100 disumbangkan kepada masjid dan surau dalam daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Kemaman (RM100,100), Dungun (RM82,800), Besut (RM146,400) Hulu Terengganu (RM114,300), Marang (RM96,800) dan Setiu (RM80,000).

Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong berkata, sumbangan tersebut adalah tanda keprihatinan dan rasa tanggungjawab kerajaan negeri terhadap institusi yang menjadi nadi rakyat itu.

“Kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap peranan masjid dan surau dalam menjadikannya sebagai tempat penyatuan dan perpaduan ummah.

“Selaras dengan prinsip kedua daripada lapan prinsip Transformasi Terengganu Baharu iaitu menjadikan masjid dan surau sebagai sumber penyatuan, diharap dengan adanya pelbagai program yang diatur sepanjang Ramadan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifli Muda dan Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Omar Musa.

Mohd Zubir berkata, pelbagai aktiviti di peringkat negeri dan daerah telah diatur bagi membolehkan rakyat terlibat dengan banyak aktiviti berfaedah dan membawa kebaikan di sepanjang Ramadan.

“Antara aktiviti itu adalah majlis berbuka puasa, solat terawih berjemaah, tadarus Al-Quran, qiamullail, solat-solat sunat dan sebagainya."

“Justeru, semua umat Islam di negeri ini diharap dapat menyertai setiap program yang dianjurkan oleh masjid-masjid seluruh negeri sepanjang bulan mulia ini,” katanya.

Last modified on Thursday, 08 February 2018 15:08
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 603

Hari sebelum 978

Minggu ini 603

Bulan ini 27747

Jumlah 617578

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?