Majlis Perasmian dan Graduasi Kali ke-1 Akademi Kulinari Terengganu

Pada 25 Januari 2014 bersamaan 23 Rabiul Awwal 1435H, satu majlis Perasmian Dan Graduasi Kali Ke-1 Akademi Kulinari Terengganu (AKT) telah berlangsung dengan jayanya.

AKT yang dibangunkan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerusi pembiayaan oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berjumlah RM2.5 juta telah siap pembinaannya siap pada 30 Julai 2012. Operasinya telah bermula dengan kemasukan pelatih sesi pertama pada 2 September 2012.

AKT menawarkan kursus dalam bidang Confectionary & Bakery di mana tenaga pengajar adalah daripada GIATMARA. Tempoh bagi setiap sesi adalah selama 6 bulan beserta asrama sepenuh masa kepada anak-anak asnaf negeri Terengganu yang dibiayai oleh MAIDAM.

Majlis dimulakan dengan ketibaan YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada jam 12.00 tengahari dan kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama MAIDAM, Ustaz Mohamad Hafas Bin Ali Seterusnya, ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) selaku Naib Pengerusi YWM dan diikuti dengan ucapan daripada Yang Dipertua MAIDAM, Dato’ Bentara Luar, Dato’ Haji Omar Bin Pilus. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian dan menandatangani plak perasmian oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B).

Acara kemuncak majlis ini adalah Majlis Graduasi AKT. Seramai 76 graduan daripada sesi 1 dan 2 telah layak menerima sijil tamat latihan yang dikeluarkan oleh Giatmara. Turut diumumkan adalah 2 pelatih terbaik bagi setiap sesi iaitu  Aimi Shafina Binti Amran untuk sesi 1 dan Nurul Imanina Binti Mohamad untuk sesi 2. Majlis diakhiri dengan lawatan YB Menteri dan dif jemputan ke sekitar AKT. Majlis bersurai pada jam 3.00 petang.

 

Sumber : https://www.ywm.gov.my

Last modified on Tuesday, 26 September 2017 23:38
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 97

Hari sebelum 1444

Minggu ini 7789

Bulan ini 5515

Jumlah 624764

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?