M Rozi Bidin. FOTO arkib NSTP

 

Kuala Terengganu: Usahawan yang terjejas dalam perniagaan sehingga tersenarai dalam golongan asnaf akan dipertimbangkan mendapatkan bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), M Rozi Bidin menjelaskan, usahawan yang mengalami kerugian boleh mengemukakan permohonan untuk mendapat bantuan.

Bagaimanapun, MAIDAM akan melakukan siasatan terperenci terutama tahap kerugian disebabkan perniagaan diceburi terjejas, katanya."Kita akan siasat terjejas dari sudut apa... jika terjejas sehingga nama boleh disenaraikan sebagai golongan asnaf, kita sedia bantu."Jika hanya sekadar terjejas dari segi perniagaan serta pendapatan, tetapi tidak ke tahap asnaf, kita tidak boleh bantu," katanya ketika dihubungi hari ini.M Rozi mengulas bentuk bantuan MAIDAM kepada usahawan yang terjejas teruk susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan kerajaan berikutan peningkatan penularan Covid-19 di Semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan.M Rozi menegaskan, usahawan terjejas yang tidak tersenarai dalam golongan asnaf boleh mengemukakan permohonan bantuan daripada agensi lain seperti diumumkan kerajaan.Jelasnya, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu usahawan yang terjejas susulan PKPB, termasuk Geran Khas Prihatin 2.0 dan Program Subsidi Upah (PSU).

 

link berita dari MyMetro

Bilangan Pengunjung

Hari ini 185

Hari sebelum 2347

Minggu ini 5196

Bulan ini 55249

Jumlah 2719848

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag