
27 September 2020 (Ahad) Dungun - Bertempat di Pusat Dialisis MAIDAM Dungun, satu penyerahan sumbangan Mesin Hemodialisis oleh Ketua Pegawai Eksekutif TNB YBhg. Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan telah disempurnakan dengan jayanya. Sumbangan mesin yang berharga RM45,000.00 itu adalah hasil kutipan dari program-program serta sumbangan oleh NGO yang dibuat oleh PELITAWANIS TNB sendiri.
Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu En.Mohd Nazli bin Mohamad @ Hashim dan juga Tn. Haji Yaacob bin Abdullah, Penolong Kanan Setiausaha (Wakaf) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).