thtnb
23 September 2020 (Rabu) – Majlis Mengadap KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu bagi tujuan penyerahan Zakat Perniagaan bagi tahun 2019 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dari tiga syarikat telah diadakan di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. 
Syarikat-syarikat berkenaan ialah Lembaga Tabung Haji (TH), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).  TH telah menyerahkan zakat sebanyak RM 6,746,851.95 yang diwakili oleh Pengarah TH Negeri Terengganu iaitu YBhg. Dato’ Mohyen bin Mosman, TNB (RM 2,542,914.73) diwakili oleh Ketua Pegawai Korporat TNB, YBhg. Datuk Wira Roslan bin Ab Rahman serta NAFAS (RM 1,031,709.23) diwakili oleh Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, YBhg. Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad.
nafas
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi bin Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM serta Encik Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat). Pihak MAIDAM merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas pembayaran zakat kepada MAIDAM.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 737

Hari sebelum 1033

Minggu ini 5012

Bulan ini 8459

Jumlah 2617490

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag