
Para Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwi Bulanan Jan/Feb dan Julai/Ogos 2020
13 September 2020 (Ahad) - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwi-Bulanan Bagi Bulan Januari/Februari dan Julai/Ogos 2020 jabatan telah diadakan di Dewan Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Majlis dimulakan dengan ceramah agama oleh Pengarah YADIM Terengganu Tuan Haji Mahadi bin Awang. Majlis disusuli dengan ucapan aluan oleh Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) dan seterusnya ucapan perasmian oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin.

Dalam majlis tersebut, seramai 17 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwi-Bulanan tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.