09 September 2020 (Khamis) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan hormat dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Kunjungan hormat ini diwakili oleh 11 orang delegasi yang diketuai oleh YBhg. Dato' Mohamed Bin Hj. Hussin, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Delegasi MAINS telah disambut dengan mesra oleh Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin dan Ketua-ketua Penolong Setiausaha termasuk Pegawai MAIDAM yang lain.
118876828 1388104618045179 7953407087675761718 nYBhg. Dato' Mohamed Bin Hj. Hussin, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) diberi penerangan
semasa sesi Lawatan Tapak Bagi Projek Wakaf Perkuburan Islam Paya Bunga, Kuala Terengganu


Rombongan juga sempat membuat Lawatan Tapak Bagi Projek Wakaf Perkuburan Islam Paya Bunga, Kuala Terengganu dan juga Perumahan Asnaf di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu.

Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian MAINS berkunjung ke MAIDAM. Majlis berakhir kira-kira jam 2.30 petang setelah selesai membuat lawatan di Perumahan Asnaf Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 185

Hari sebelum 2347

Minggu ini 5196

Bulan ini 55249

Jumlah 2719848

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag