ditc mac 2019

1 April 2019 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Bengkel Strategik Dan Brainstorming Promosi bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC) Teluk Kalong Kemaman.

Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk memantapkan lagi promosi jabatan dengan pendedahan berkaitan pengurusan yang strategik serta mewujudkan diskusi melibatkan semua peserta merangkumi pelbagai tajuk perbincangan ke arah meningkatkan kecemerlangan jabatan.

Bengkel yang berlangsung selama tiga (3) hari itu telah disertai oleh 40 kakitangan MAIDAM seluruh Terengganu. Pihak yang bertindak sebagai pengemudi sepanjang bengkel dijemput khas dari INSIGHT PARTNERS CONSULTING PLT.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 188

Hari sebelum 3111

Minggu ini 6691

Bulan ini 77906

Jumlah 1752377

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag