Saga 2019

20 Februari 2019 - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima lawatan daripada Sekretariat Pematuhan SAGA Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Lawatan ini merupakan lawatan kali kedua bagi tujuan pemantauan kepada pematuhan SAGA di peringkat agensi.

Dalam majlis tersebut Pasukan Petugas SAGA MAIDAM telah membentangkan slaid dan dokumen berkait kandungan Borang Self – Asessment SAGA Compliance Review (SASAR) kepada sekretariat yang terdiri daripada Puan Norfarazila binti Abdul Rahim, Puan Juhaila binti Omar dan Puan Nor Azila binti Md Noor.

Pihak Sekretariat berpuas hati terhadap pembentangan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas SAGA MAIDAM dan kemungkinan akan disyor untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Pematuhan SAGA pula.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, En Saidi bin Salleh @ Sulong. Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) En Fauzi bin Muda.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 179

Hari sebelum 3142

Minggu ini 9824

Bulan ini 81039

Jumlah 1755510

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag