rakyat holdings

 

08 Ogos 2018 - Syarikat Rakyat Holdings telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2016 dan 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Jumlah zakat perniagaan yang diserahkan untuk tahun 2016 berjumlah RM50,000.00 manakala untuk tahun 2017 berjumlah RM80,000.00.


Penyerahan cek disempurnakan oleh Encik Amiruddin Daud, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rakyat Holdings, kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi Bidin di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.


Majlis disaksikan oleh Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat), Ustaz Nazli Amirri bin Ngah dan juga Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Rakyat Holdings, Encik Zaini Kamaruddin.

 

 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 40

Hari sebelum 1408

Minggu ini 40

Bulan ini 9159

Jumlah 1476363

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag