Floating Mosque

Sultan Terengganu, KDYMM Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melanjutkan penangguhan aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di negeri berkenaan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Dato' Osman Muda berkata, ia termasuk solat Jumaat, solat berjemaah dan aktiviti lain yang ditangguhkan sehingga 14 April depan.

Katanya, penangguhan berkenaan selaras pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memutuskan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Menjunjung titah perintah dan perkenan KDYMM Sultan, saya dengan ini mengumumkan penangguhan semua aktiviti keagamaan sama ada solat jumaat, solat fardu (berjemaah) dan aktiviti lain di semua masjid dan surau di negeri ini sehingga 14 April depan.

“Fatwa isu Covid-19 yang berkaitan aktiviti keagamaan di negeri ini dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 17 Mac lalu dirujuk,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Osman berkata, baginda berharap semua rakyat dapat bersabar dalam menghadapi ujian ini dan baginda berdoa semoga wabak Covid-19 akan berakhir dengan segera.

“Baginda juga mendoakan semua rakyat di negeri ini sentiasa dalam perlindungan Allah SWT,” katanya.

Sumber : www.hmetro.com.my

Bilangan Pengunjung

Hari ini 1407

Hari sebelum 1581

Minggu ini 4414

Bulan ini 147263

Jumlah 869378

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag